Resepi Bajet

Salam/ Peace be upon you,

Post kali ni pasal makanan. Kepada yang tak mengenali, saya memang seorang pencinta makanan. :D Normallah kalau orang suka makanan yang sedap2, tapi selalunya makanan yang sedap2 ni ambil masa kalau nak buat dan kadang2 agak mahal bahan2 dia. Jadi, sebagai seorang yang enjoy memasak dan cuba untuk berjimat di negara orang, saya nak kongsi resepi2 bajet yang saya dah cuba buat sendiri. Untuk post ni, resepi yang saya baru buat untuk lunch kelmarin. Bahan-bahan dia saya recycle dari apa yang ada dalam peti ais. Jimat duit.

Pasta Salad

Pasta Salad (Boleh tahan gak kualiti kamera henpon sony lama ni rupanya..)

Saya bukanlah penggemar sayur sangat, tapi memandangkan kandungan dalam sayur tu penting untuk badan, saya cuba untuk jadikan sayur tu menarik dan sedap untuk dimakan. Kalau tak, memang tak letak punya dalam pinggan. :P

Bahan-bahan:

Bahan-bahan pasta salad

  • Salad
  • Pasta
  • Mayonis
  • Butter (salted)
  • Bawang putih cincang
  • Cheese (Strong Cheddar)

Cara-cara:

1. Rebus pasta (dalam 2 genggam) dalam air sampai pasta lembut. Lepas pasta lembut, tapis dan buang air dari pasta. Letak pasta dalam bekas/ mangkuk.

2. Sambil-sambil tunggu pasta tadi, kopek dan carikkan salad sesedap rasa @ seberapa banyak yang anda rasa anda nak makan. Saya letak agak-agak 1/4 dari saiz luar salad. *Saya pilih bahagian salad yang besar dan elok untuk hiasan.

1. Rebus pasta sampai lembut.

2. Bahagian salad yang lawa, buat hiasan menu.

.

.

.

.

.

.

3. Cairkan dalam 2 sudu besar butter dalam pan. Tumis bawang putih yang dah dicincang. Masukkan salad yang dah dicarikkan. Gaul sampai agak2 sekata.

3. Bahan2 siap digaul, sedia untuk dihidang.

4. Tuangkan salad yang dah digaul dengan butter/bawang dalam bekas dan gaul dengan pasta. Tambahkan mayonis secukup rasa.

5. Letak salad yang dah siap digaul dalam pinggan/hiasan.

6. Shred beberapa hiris (banyak pun tak apa) cheese dan tabur atas salad. Ok. Siap! *Tangkap gambar dulu sebelum makan. Bahagia kot buat makanan sendiri. hohoho..

*Kuantiti setiap bahan, agak susah nak agak sebab guna ikut rasa je. Kalau rasa terkurang mana2 bahan tambah je sikit2. Yang penting, mula2 letak bahan kalau tak pasti biar sikit dulu jangan terlebih. Kalau terkurang boleh tambah tapi kalau dah terlebih letak, agak susah nak betulkan balik.

4. Siap!!

**Lagi sedap kalau campur sekali kentang yang dah dipotong dadu dengan olive oil (resepi my dad) dan sosej yang dipotong macam pepperoni. Pergh~…  >,<

***Untuk kos, 1 kotak pasta dalam US$1 (saya guna kira-kira 1/3). Salad 88cent (guna 1/4). Mayonis US$3 (guna dalam 3 picit. Ha.. macam mana nak kira tu. Agak2 dalam 1/10 kot). Butter US$2 (guna 1/20). Bawang putih siap cincang US$2 (guna dalam 1/2 sudu besar, agak2 1/20). Block sharp cheddar cheese US$5 (beberapa hiris je, ignore~..). Kesimpulannya, harga untuk menu ni sekitar US$1 je. Banyak murah ma… hua3.

Sekian, jumpa lagi!

About fizzo2002

I'm friendly and open. I hate judgementalists and enjoy sharing my thoughts with others. ^__^
This entry was posted in Food & Recipe and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s