Salam/ Peace be upon you,
Post kali ni pasal resepi cheese cake. 2 ke 3 minggu lepas saya cuba buat cheese cake kat rumah sewa Christy and Soon Kiat. Sukatan bahan-bahan yang biasa saya guna saya alter sikit sebab kat sini banyak barang2 tak guna gram. Oven pun guna Fahrenheit jadi agak2 je, boleh je nak convert tapi saja malas (padan muka sendiri kek hangit, haha).
Bahan-bahan:
- Cream Cheese (16 oz @ 454 g)
- Gula (100 g)
- Tepung (20 g)
- Telur (2 biji)
- Orange/ Navel (1 biji)
- Heavy Cream (8 oz @ 227 g)
- Choc. Chips/ Cookies (1 pack)
Cara-cara:
1. Masukkan cream cheese dalam mangkuk besar dan gaul sampai lembut. Since dekat rumah tu tak ada mixer, terpaksa gaul guna sudu. (First time buat kek tak guna mixer. Letih juga la.) Oh ya, untuk memudahkan kerja menggaul, sebelum mula, keluarkan cheese dari peti ais dan biar dekat luar dalam sejam macam tu (biar dia lembut sikit).
2. Masukkan gula dan tepung dalam mangkuk tadi dan gaul sampai sebati. Kuantiti gula dan tepung tu agak-agak je sebenarnya sebab tak ada penimbang.
3. Masukkan 2 biji telur dalam adunan dan kacau lagi. (Sebab tak guna mixer kali ni, memang letih.)
4. Parut kulit orange/ navel (saya guna navel sebab tak jumpa buah label orange kat supermarket. Warna dan bentuk lebih kurang je so tibai je guna. Navel ni manis lagi dari orange rupanya) dan masukkan dalam adunan. Kemudian, belah navel kepada dua dan perah 1 bahagian buah ke dalam adunan. Gaul sampai sebati.
*Pastikan basuh buah tu dulu sebelum parut ye.
5. Tuang heavy cream dalam mangkuk/bekas kosong dan pukul sampai pejal, ala-ala yogurt. (Selalunya saya guna whipping cream tapi tak jumpa pula masa pergi supermarket hari tu. Search internet dia kata boleh substitute whipping cream dalam masakan/resepi dengan heavy cream, jadi cuba je lah. Oh ya, whipping cream kalau nak guna bukan yang topping atau frosting punya ye. Rasanya itu lain.) Lepas heavy cream dah pejal, tuangkan dalam adunan dan gaul sampai sebati.
6. Masukkan choc. chip/ cookies yang dah dihancurkan dalam adunan dan kacau hingga sebati.
7. Gris bekas untuk bake dan panaskan oven 450 Fahrenheit.
8. Tuang adunan dalam acuan dan masukkan dalam oven. Bake selama 1 jam atau kurang. Sentiasa check kek masa tengah bake, lagi-lagi bila anda tak biasa dengan oven tu. Kek yang saya buat ni terlebih tanned sebab saya tak check. Tapi nasib baik still sedap.
*Kuantiti yang biasa saya guna (dan dapat dari buku): 500g Cream Cheese, 140g gula, 20g tepung gandum, 2 biji telur, 1 biji orange, 200g whipping cream, dan 100g choc. chips. Untuk topping, 400g sour cream dengan 2 sudu besar gula.
**Untuk kos resepi kali ni, 1 kotak Cream Cheese 8oz dalam US$2 (saya guna 2 kotak). 1 dozen telur saiz besar US$1 (guna 2). Gula dan tepung sponsored by tuan rumah jadi agak-agak US$2 lah bahan-bahan tu. 1 biji navel US$1. Heavy Cream 8oz, saiz paling kecil yang jumpa dekat supermarket, US$2.30. Crumbled cookies tajaan tuan rumah, agak-agak US$1. Topping tak buat, sebab nak jimat kos.
Jadi, jumlah kasar untuk kek ni around US$11 je. Murah gila.
Selamat mencuba!
*Updated at 08/10/2011 ->
Lupa nak bagi tahu, satu lagi bahagian kek iaitu base (bahagian bawah) saya tak buat kali ni. 2 sebab:
- Nak jimat kos.
- Selalu kalau saya buat base, bahagian dalam selalu tak masak lagi walaupun bahagian luar dah brownish. And as a result, saya tambahkan masa (atau kadang-kadang suhu) baking dan lepas tu bila dah siap, bahagian bawah kek selalu hangit. hurm. Kena belajar lagi ni…




nk try la wat..
=) try la wat. n share kat sini, macam mana rasa dia.. =D