Review novel Tuhan Manusia (Part 1)

Salam/ Peace be upon you,

“… Akibatnya remaja yang lemah akan dilemahkan terus dengan hedonisme. Jiwa akan lupa Tuhan dan hakikat penciptaan. Sementara jiwa yang ingat Tuhan pula akan dikelirukan, dicacamarbakan dan dicelarukan dengan konsep ketuhanan yang tidak menentu..”

– Tuhan Manusia (m/s 90)

Pertama sekali, suka saya jelaskan di sini yang saya secara amnya bukanlah seorang yang berhobikan membaca novel. Novel last yang saya baca kalau tak silap 2 ke 3 tahun lepas.. fiksyen English: Harry Potter and The Deathly Hallows, siri last dari 7 buku Harry Potter. Kalau fiksyen Melayu pulak.. lagi lama.. zaman sekolah menengah..novel KOMSAS (lupe tajuk die..haha..)

Kulit Depan novel Tuhan Manusia

Pertemuan dengan novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani bukanlah sesuatu yang dirancang. Pergi ke MPH sebab nak hilangkan bosan nak tunggu adek yang masih dalam wayang.. Kaki melangkah ke bahagian novel asalnya nak cari Lagenda Budak Setan yang kata orang sangat best. X jumpe. Tapi ditakdirkan saya came across buku yang sinopsisnya sangat menarik, pengarang yang saya macam pernah dengar namanya.. dan terus dibeli. Alhamdulillah.. Berbaloi.

*Maaf andai post kali ini kelihatan menggunakan bahasa “lama” dan mungkin bagi sesetengah orang, agak “skema”. Novel Tuhan Manusia seolah telah berjaya meng-unlock satu bahagian dalam diri saya yang saya kira amat jarang saya pertontonkan kepada sesiapapun.

Adapun review saya berkenaan Tuhan Manusia adalah berdasarkan pandangan dan pendapat saya sahaja, ia mungkin berbeza bagi orang lain. Ibarat guru mengajar dalam kelas.. gurunya sorang, dan diajar benda yang sama kepada semua murid.. tapi jawapan dalam exam tetap pelbagai..bergantung pada tahap pemahaman si murid. Samalah dalam kes saya ni. Novelnya satu, pembacanya ramai.. jadi tak semua faham benda yang sama. Mungkin pengarangnyalah yang sepatutnya paling arif dalam menafsir karyanya ni. Tapi tak salahkan, kalau saya pun ingin nak kongsi apa yang saya faham dengan orang lain.. ^__^

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja belasan tahun, Ali Taqi yang tertanya- tanya mengapa abangnya murtad setelah ibu mereka meninggal dunia. Memang, setiap kali kita dengar dalam media pasal murtad, ramai yang mencemuh dan menunding jari sesama sendiri. Tapi cuma segelintir yang cuba memahami mengapa dan bagaimana semua itu terjadi. Inilah topik yang cuba dikupas oleh pengarang melalui pencarian yang dilakukan oleh watak utamanya, Ali Taqi. Untuk memudahkan pembacaan, eloklah kiranya saya simpulkan isi2 yang saya kira merupakan isi utama novel ini:

1. Tuhan Manusia menegaskan akan bahaya fahaman pluralisme yang kian menular akhir2 ini.. sama ada kita sedari atau tidak. Apa itu pluralisme? Nak diterangkan di sini, mungkin post ni akan jadi agak berjela panjangnya. Secara singkat, pluralisme ialah seolah satu agama baru ciptaan manusia yang menggabungkan semua agama di dunia dan percayakan semuanya. Prinsip golongan yang menyokong fahaman ini ialah, semua agama itu sama, yakni menganjurkan kedamaian dan mereka sanggup bertindak sehingga ingin membuang ayat2 yang kata mereka menjurus keganasan dan juga menambah ayat2 dalam kitab suci, yang

Gambar Ikan dari dreamstime.com

mereka kira perlu. Prinsip ini dangkal sekali dan dibidas melalui satu hujah dalam novel – “Tidak logik untuk mengatakan bahawa ikan ialah ikan dan pada masa yang sama mengakui yang ikan juga bukan ikan.” Sangat contradicting! Begitu jugalah berkenaan prinsip “semua agama sama” tadi. Manakan sama prinsip KeEsaan Allah, Trinity Kristian dan Reincarnation Hindu itu..? Islam menidakkan pluralisme ini, namun Islam adalah terbuka kepada toleransi (saling menghormati) sesama manusia berbilang agama dan bangsa asalkan tidak melanggar batas dan syariat.

Gambar ESQ dari fajarilmubaru.com.my

*Menarik tentang pluralisme ini, Mufti Wilayah2 Persekutuan baru sahaja memfatwakan bahawa program Emotional Spiritual Quotient (ESQ) oleh Adi Ginanjar Agustian sebagai haram, salah satu sebab utamanya adalah kerana ianya menyebarkan fahaman pluralisme. Sejauh mana kebenarannya? Anda search la sendiri..Ā  šŸ˜›Ā  hehe.. dapatkan fakta dari sumber yang boleh dipercayai dan tidak bias ye.. Kalau ada masa, saya akan cuba kongsikan juga dengan anda di sini…, sebab saya pun pernah masuk program tu.. ^__^

**Memandangkan kepanjangan post ni dah meleret dan saya pun faham.. nak baca post yang panjang2 kadang buatkan kita jadi malas nak baca.. Jadi, saya akhiri review Novel Tuhan Manusia (Part 1) ini di sini. Kepada yang pernah membacanya, dan ingin berkongsi pendapat dan pandangan, sila2kanlah menulis di ruang comments ya..

Advertisements

Published by

fizzo2002

I'm friendly and open. I hate judgementalists and enjoy sharing my thoughts with others. ^__^

2 thoughts on “Review novel Tuhan Manusia (Part 1)”

  1. wow…berat gak eak novel ni….hmmmm
    cuba bacer hlovate lak…hahhahahh
    kalo nk cuba yg realistik nyer novel baca la rooftop rant….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s