Antara Kisah Paling Lawak Sepanjang 4 Tahun kat UM

Salam/ Peace be upon you,

Ni nak share satu kisah lawak yang tak-boleh-dilupakan masa awal-awal start program degree kat UM. Kisahnya bermula begini,

Masa tu aku baru habis solat. Palie dengan Paris ada kat bilik. Dan aku pakai kain pelikat. Then dengan excitednya aku cakap kat diorang,

“Weh, korang nak tengok adik aku tak?”

Diorang buat muka pelik dan kaku bila aku dengan lajunya selak kain pelikat sebab nak ambil phone kat shorts dalam tu. Aku mula2 clueless, then it hit me! LOL! Woi! Korang fikir apa hah?!! hahaha.. Hajat di hati nak tunjuk gambar my little sis yang cute tu (balik rumah that weekend. Rindu nak tengok my little sis yang baru umur setahun masa tu), tetiba lain pula jadinya. Seriously, one of the best memories ever! XD

Adek @ home
Advertisements